sahiranadiah avatar

Beauty with brain

sahiranadiah

Published: 16 May 2018 › Updated: 16 May 2018Beauty with brain

Beauty with brain

Setiap tahun pada bulan Mei merupakan Pesta Kaamatan bagi masyarakat Sabah yang berbangsa Kadazandusun. Kerajaan juga mengistiharkan hari cuti umum di Sabah pada tanggal 30 & 31 Mei. Masyarakat di Sabah unik, walaupun perayaan ini dirayakan oleh kaum Kadazandusun, bangsa yang lain turut serta merayakan pesta ini..

Asal usul perayaan pesta kaamatan

Asalnya perayaan ini dirayakan untuk menghormati semangat padi iaitu "bambazon".

dsc_7249-copy.jpg

Image Source

Diceritakan lisan turun-tumurun dari masyarakat tempatan, Huminodun merupakan satu-satunya anak perempuan Kinoingan(Tuhan) ,dan isterinya Suminudun. Terpaksa dikorbankan oleh kerana keadaan kemarau yang teruk di perkampungan Kadazandusun tersebut. (Macam cerita Rain of God pula) Jasad Huminodun dikebumikan mengikut adat istiadat Kaum Kadazandusun. Dikatakan jasad Huminodun bertukar jadi biji benih dan salah satunya padi.

Sambutan Kaamatan Peringkat tempat kerja... 😅

Pada minggu yang lepas, tempat kerja saya mengadakan sambutan Pesta Kaamatan. Ini berlangsung selama dua hari, iaitu tanggal 10 dan 11 Mei. Unit kami menghantar wakil untuk bertanding. Saya selaku pengurus ☺ mahukan yang terbaik . Segala persiapan suda dilakukan, dan gerak geri serta menjawap soalan pun sudah dilatih. Tahun lepas wakil dari unik saya mendapat tempat sebagai Naib Johan, dan tahun ini mendapat tempat yang Ketiga... Tahniah kepada mereka kerana sporting.

IMG-20180511-WA0004.jpg
Sumber WhatsApp Group

Budaya masyarakat Sabah

Budaya masyarakat Sabah haruslah dicontohi oleh kita semua. Saya berasal dari Labuan dan menetap tetap di Sabah suda 14 tahun. Dan suami saya berbangsa Dusun dan saya Chinese ... Walaupun berbeza bangsa, kami tetap saling menghormati budaya masing-masing.

Terima Kasih, dari sahiranadiah@sahiranadiah

Leave Beauty with brain to:

Written by

I am me

Read more #teammalaysia posts


Best Posts From sahiranadiah

We have not curated any of sahiranadiah's posts yet. But you can encourage our curation team to review posts by visiting them regularly and by referring other readers. Because we give priority to frequently read content.

More Posts From sahiranadiah