Innocentclair Malim avatar

Kembali Ke Sekolah ๐Ÿซก

innocentclair

Published: 12 Jan 2026 โ€บ Updated: 12 Jan 2026Kembali Ke Sekolah ๐Ÿซก

Kembali Ke Sekolah ๐Ÿซก

Christmas sudah habis dan tiba masanya persediaan untuk memulakan sesi baharu persekolahan tahun 2026 ๐Ÿ™‹โ€โ™‚๏ธ

Ini anak pertama saya yang baharu menjejaki tahun pertama darjah 1 pada hari ini dan disini saya mahu kongsikan pengalaman kami ibu/bapa cuba mengurus anak kami ini. ๐Ÿ‘

Jujur cakap, kami tidak membuat persediaan yang 100% cukup untuk menyenangkan proses sesi persekolahan anak kami ini, maksud saya bukan langsung tidak ada tetapi yang telah disediakan adalah basic needs untuk anak ke sekolah sudah dibeli seperti beg, baju seragam, kasut, dan sebagainya telah dibeli.

Tetapi apa yang mencabar ialah, proses untuk bangun awal pagi ๐Ÿ˜‚

Ya!

Kenapa??

Sebab sewaktu kindergarten, masa masuk persekolahan adalah pada jam 7.45 pagi manakala sekarang darjah 1, masa masuk adalah pada jam 6.50 pagi ๐Ÿ™ˆ

Tetapi nasib baik untuk minggu ini, masih lagi dalam fasa penyesuaian murid. Bukan sahaja murid tetapi penyesuaian kepada ibu/bapa juga kepada masa baharu ini ๐Ÿ˜„

Pada masa saya menulis ini, saya baharu sahaja lepas menghantar anak saya ke sekolah dan buka blog post baharu untuk mencatatkan pengalaman kami semua.

Bangun seawal jam 5 pagi bukanlah kebiasaan anak saya ini tetapi dia buat yang terbaik untuk bangun dan menyediakan diri, kami pula terpaksa membeli makanan diluar seawal jam 6 pagi untuk dibekalkan kepada anak pada masa rehat nanti.

Settle.

Jam 6.20 pagi kami jalan daripada Taman Suria Penampang dan buka map untuk mencari jalan yang sesuai dan BOOM! JEM!

MATILAH NAK ๐Ÿ’ฅ

Lambatlah ni masuk sekolah kerana anak perlu sampai disekolah pada jam 6.50 pagi dan dipendekkan cerita kami terlambat sampai pada jam 7.16 pagi.

Syukurlah minggu ini masih minggu penyesuaian dan belum ada istilah lambat lagi ๐Ÿ˜›

Begitulah ceritanya pagi ini untuk dikongsikan kepada rakan-rakan yang membaca. Semoga minggu ini kita semua dimudahkan urusan untuk anak-anak kita ๐Ÿ™‹โ€โ™‚๏ธ

#kembalikesekolah #ecency #blogpost #malaysia #sabah #kotakinabalu

Leave Kembali Ke Sekolah ๐Ÿซก to:

Written by

Amateur audio recorder & a lone ranger blogger

Read more #backtoschool posts


Best Posts From Innocentclair Malim

We have not curated any of innocentclair's posts yet. But you can encourage our curation team to review posts by visiting them regularly and by referring other readers. Because we give priority to frequently read content.

More Posts From Innocentclair Malim