Arjimi avatar

Debaran Final UEFA Champions League

arjimi

Published: 15 May 2018 › Updated: 15 May 2018Debaran Final UEFA Champions League

Debaran Final UEFA Champions League


image source

Bagi peminat bola sepak yang selalu menonton piala eropah ataupun lebih sinonim Eufa Champions League yang kini berada di penghujung slot iaitu final.

Tak dijangka bahawa Liverpool bukanlah pasukan pilihan yang dijangka namun siapa tahu bahawa mereka kini berada dalam zon bahaya bagi lawan mereka. Real Madrid juga mengulangi prestasi mereka sekali lagi untuk menempah slot ke final yang mereka akan melawan Liverpool pada bulan ramadhan nanti.

Untuk rekod pertemuan terakhir sekali mereka berjumpa dalam kumpulan yang sama, Real memenanginya kedua-dua perlawanan tersebut pada musim 2014/2015, namun tidak lupa bahawa Liverpool pernah memberi pengajaran kepada Real madrid pada musim 2008/2009 yang mana mereka bertemu dalam first knockout dan dimenangi oleh Liverpool aggregat 5 berbalas 0.

Statistik perjumpaan terakhir mereka
Real Madrid Win : 2 ( goal total 4 )
Liverpool win : 3 ( goal total 6 )


image source

27 May 2018 bersamaan pada hari ahad pukul 2.45AM menjadi penentu antara gergasi sepanyol dan gergasi inggeris yang menawan mahkota piala eropah ini. Bertempat di stadium NSI olimpiyskyi terletak di Kiev, Ukraine.


Stadium Nsi olimpiyskyi

Penutup

Real Madrid kini berada dalam situasi berjaga dan juga tertekan kerana mereka dalam usaha mempertahankan pentas akhir ini yang mana mereka ialah juara bertahan Uefa sejak 3 tahun yang lalu lagi, manakala Liverpool pula boleh dikatakan salah satu pasukan yang menjadi ancaman besar kerana super taktikal (gegenpressing) yang digunakan oleh pengurus Juergen Klopp.

Sama-Sama kita nantikan debaran akhir nanti!

Leave Debaran Final UEFA Champions League to:

Written by

Currently workaholic at day! Also guitar hero on night for @kkmegusta_official , @treemyofficialmusic , @arje&co .. for sure three band at once!

Read more #teammalaysia posts


Best Posts From Arjimi

We have not curated any of arjimi's posts yet. But you can encourage our curation team to review posts by visiting them regularly and by referring other readers. Because we give priority to frequently read content.

More Posts From Arjimi